Monday 2 May 2011

feyzaFiena @ Jom Chantiques Siri 7

Buat julung kalinya FeyzaFiena di jemput untuk menjadi speaker Jom Chantiques, alhamdulilah semuanya berjalan lancar even 1st time memberikan presentation...sayang sekali Creative Director tidak dapat hadir, but her spirits is always with me..

Cuba tampil dengan kelainan serta menyuntik elements FeyzaFiena, saya cuba pelbagaikan style hijab serta pemilihan tudung serta pakaian kepada participants. Alhamdulilah setelah 10 minit bercakap..hilang dah gugup2....kat bawah nie ada sedikit pics yang di ambil oleh Yana Parim pengasas bengkel Jom Chantiques. Terima kasih atas jemputan serta tak lupa juga pada Arra Farhana serta puan Arnee Ammar atas sokongan. Alhamdulilah minta-minta di jemput lagi ya..!



Rock kakak nie


Sedang menata rias



Perserta Jom Chantiques

sedang mempersiapkan model sambil memberikan penerangan tentang penggunaan turban


alamak..mulut terbuka pula..


Gaya sporty dan santai

Yana berkongsi rahsia, Jom Juin Bengkel nie..banyak ilmu leh dapat






Minimal Itu Indah


Najwa si gadis manis mengayakan turban rekaan FeyzaFiena

Minimal itu Indah!

Cuba anda lihat di keliling anda, merias diri dengan pakaian yang kadang-kadang lebih daripada 7 warna! Auchh! Itu sudah salah ladies! Kenapa perlu gelarkan diri sendiri Fun Rainbow padahal anda boleh memimumkan gaya dan tetap nampak indah dalam berbusana!

Kami bukanlah consultant  atau peƱata gaya yang hebat, tapi kami berharap dengan nota ini mungkin dapat membantu anda memilih gaya yang lebih sesuai. Cuba anda lihat perbezaaan jika anda terlalu highlightkan warna pada sesebuah tudung berbanding dengan hanya  3 warna maximum ?

Mungkin gaya dibawah dapat membantu anda lihat sendiri kesalahan berpakaian?

( rujuk pic nya ya! )

donts :

- terlalu banyak warna dalam pakaian

- anak tudung yang pelbagai warna  seperti pelangi

-aksesori yang terlalu sarat akan menggelamkan wajah anda


tidak salah memilih warna yang terang tetapi anda boleh softkan dengan pilihan warna hijab yang tidak terlalu menjolok mata? Nahh mungkin ada sudah tampak hebat untuk bekerja atau santai! Trust us! Even you use minimal colour in your wardrobe, the elegant is there!


p/s: maaf andai entri ini menyentuh sensitiviti anda., kami sedar kami masih hijau..

Sunday 1 May 2011

Loose and elegent!




Loose and elegent!

Ya itu style terbaru dari kami, kerana sesungguhnya anda akan tampak cantik walaupun busana itu tidak perlu terlalu mengikut susuk badan kerana apa yang penting bagi kami adalah keselesaan anda .

Acap kali saya terfikir, kenapa bila badan sudah comel tetapi tetap mahu berpakai kecil dari yang sepatutnya? Sebenarnya pada kami di FeyzaFiena, anda boleh built in your confident dengan memakai pakaian yang kena pada tubuh anda, let your body do the talking! Minta maaf saya berbicara disini, kenapa perlu berpakaian rona gelap hanya kerana mahu ilusi kurus atau menyembunyi kekurangan tubuh! Proud of your curve ladies! Tidak perlu menyorok kekurangan diri…malah anda patut berbangga kerana x semua ada apa yang kamu ada.

Pilih warna dan potongan yang terbaik untuk anda, kerana itu akan membantu menaikkan seri pada busana itu sendiri, tidak perlu sarat dan melekat pada badan. Oh! Itu disaster namanya bila orang keliling memanggil Sarung Nangka berjalan…jangan biarkan diri anda tenggelam kerana anda silap memilih busana. Do something!

Jika anda lihat picture di atas, kami di FeyzaFiena cuba memberikan gaya yang lebih santai kepada pemakai, bagi kami apa yang penting adalah keselesaan, dan nahh...anda tetap nampak perfect.....walaupun pakaian itu agak sedikit longgar daripada badan.

Cuba pilih busana yang mampu membuatkan badan anda tampak ramping, contohnya sesetengah busana mempunyai tali khas untuk mengikat dan sekali gus menampak susuk tubuh anda..its a good things actually and it help you to re-shape your body within seconds dan anda akan nampak curves di badan anda lebih kemas daripada biasa...remember its the way you style yourself!