Wednesday 13 July 2011

FeyzaFiena @ Sedayu Tinggi with Anyss Amyra

assalamualaikum,

Alhamdulilah FeyzaFiena diberi kesempatan sekali lagi untuk menata rias model untuk ruangan makeover Sedayu Tinggi, tanpa berlengah lagi saya terus melilitkan signature FeyzaFiena iaitu turban untuk busana pertama Anyss. Saya cuba tampilkan element elegant dan classy fashion dan untuk kedua saya cuba tampilkan gaya tudung yang fresh pada beliau. Enjoy the pic..

P/s: Thank you pada linda dan yatie kerana memberikan peluang pada FeyzaFiena..harap2 jemput lg lepas ini yaa...




my fav. Anyss menggayakan busana kurung kaftan lycra Summaya bersama signature turban FeyzaFiena




Superb makeup by Yatie Sedayu Tinggi




Anyss Amyra


gaya chic oleh Anyss

Cantik.





ingin transform gaya? ayuhh sms or call saya 017 352 9942 untuk book appointment anda!

Saturday 9 July 2011

Bila diri tidak ada entiti sendiri


Haa...masalah bila diri tidak ada entiti diri! bila berbicara tentang busana, masing-masing punya cara yang tersendiri. Benar kita perlu ada entiti diri tanpa dibayangi oleh sesiapa pun, yes i do agree if we have a fashion idol to be our guideline. but its a BIG NO if you have to follow every single things inside her. GOSH! ini benar-benar salah dan ia juga banyak terjadi kepada orang di keliling kita secara sedar ataupun tidak, tapi pokok pangkalnya terpulang pada diri sendiri.KENAPA perlu meniru sedangkan hati kecil sudah menjerrriiitttt tidak mahu. Wahai ladies, sering dengar kata hati, jangan hipokrit diri, terutama bila mengenai apa yang anda sarungkan di tubuh anda.


situasi A.

skinny jeans, white top jarang,blackie bra, studded wedges,red tote bags,black armani shades. FULL STOP! okey ini adalah situasi A apabila MUN
 ( bukan nama sebenar, dengan cutting persis model,langsing dan tinggi ) menyarung busana hariannya.

situasi B.


skinny jeans, white top jarang,blackie bra, studded wedges,red tote bags,black armani shades, dan bertudung bunga  FULL STOP! okey ini adalah situasi B apabila MIRA ( bukan nama sebenar, dengan cutting pear shapes,wajah bulat dan ketinggian 150cm ) menyarung busana harian yang di inspirasikan oleh MUN. OK! lihat sekarang dimana kesalahan serta ketaksuban seseorang meniru gaya yang sudah semestinya tidak bersesuaian dengan dirinya. MIRA menjadi mangsa fesyen serta seseorang yang tidak punya gaya sendiri. KENAPA perlu meniru MUN yang sudah semestinya  mempunyai cutting Hour Glass yang menjadi idaman setiap wanita, dan kenapa perlu memakai pakaian putih tanpa perlu memakai singlet untuk menutup bra? bukankan anda bertudung? Nah...lihat disini MIRA ternyata silap kerana beliau tidak melihat cermin sebelum keluar,tidak mempunyai gaya sendiri dan meniru pada kadar yang sangat salah...wahai ladies sekalian...jika anda bertubuh pear...TOLONG! jangan sesekali mampir pada jeans skinny...! ini DISASTERS..serious..tidak salah anda kenakan jeans yang bersesuaian, contohnya boots cut...ini sebenarnya mampu menyembunyi kekurangan pada tubuh badan, dan juga anda boleh kenakan shawl yang sedikit panjang untuk menutup dada dan seterusnya menjaga aurat anda. Nah, siapa bilang anda tidak boleh bergaya, pokoknya bijak tentukan gaya sendiri.


Saya amat berharap perbandingan di atas dapat membantu dan memberikan sedikit sebanyak tips mengenai apa yang anda perlu tukar dan ubah sekarang, remember bersikap sederhana dalam pemakaian bukan mencerminkan anda bosan tetapi memancarkan sebuah rasa percaya dan attitude  yang authentic.


love,

Fiena

Makeover Haryati Abd Rahman

Yati atau Norhayati merupakan teman Shel yang turut sama membuat makeover bersama saya, pertama kali berjumpa yati saya dapat melihat inner beauty pada beliau. Dia merupakan seorang Engineer dalam bidang Oil and Gas,bukan calang-calang bidang dan jarang diceburi oleh kaum wanita, seorang yang sangat simple,hanya beseluar jeans,tshirt, tshirt serta  tudung bawal. one words SIMPLE.

Kini yati turut menyertai perniagaan bersama Shel, lebih banyak masa ditumpukan untuk mengembangkan bisnes dalam masa yang sama dapat memberikan tumpuan pada keluarga, bilang yati dia mahu sesuatu yang simple tetapi menampakkan sisi elegant dalam dirinya, oleh itu saya figure it out dan saya mahu enhancekan inner beauty yati dengan menggunakan warna natural sebagai main factor dalam makeover ini.

Seperti Shel, saya turut menemani Yati ke saloon untuk membuat facial serta mengemaskan kening beliau, seterusnya kami Pavillion, tempat pertama saya dan Yati kunjungi bersama Shel iaitu kaunter makeup Shuemura, di sini Yati dibantu oleh Samantha dengan diberi penerangan tentang produk-produk asas makeup serta diajar tentang teknik-teknik yang betul untuk makeup harian,setelah siap di tata rias oleh Samantha, proses seterusnya ke kedai pakaian untuk memilih pakaian yang bersesuian dengan bentuk badan Yati yang tinggi lampai, nyata Yati mempunyai citarasa yang baik dan beliau mampu memilih pakaiannya sendiri...congrats babe!


Kini tiba masa untuk di studio, Yati disolek oleh Arra Farhana  official makeup artist utk FeyzaFiena, sedikit masa diambil untuk menyiapkan yati dan beliau pada mulanya agak kekok beraksi di hadapan kamera tetapi bila diberi tunjuk ajar oleh abg Azhar daripada JariClick Photography beliau mampu memberi killer2 post! jom  kita enjoy pic makeover yati sebelum dan selepas!


p/s: Sekalung penghargaan diucapkan kepada yang kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menata rias beliau,serta tidak lupa jugak kepada Official team photographer  JariClick Photography ( abg azhar and ayed ), Official MUA  Arra Fingers by Arra Farhana dan juga assistant2 saya iaitu Amalina Zainuddin serta Laila Aziz dan x luper official studio..GetGorgeous


Haryati Abd Rahman sebelum di makeover

Yati bila dah selesai facial

both of them mencuba shade yang bersesuaian dengan wajah

diberi penerangan tentang foundation yang bersesuaian dengan wajah

Yati sedang di tata rias



superb! Yati setelah siap di rias oleh oleh Arra Farhana dan di stylistkan oleh saya

Urban Modern. Yati mencuba gaya yang amat berlainan dan hasilnya : GORGEOUS


untuk Yati,
saya berharap agar yati akan menyenangi gaya yang saya telah cadangkan dan semoga dengan gaya terbaru ini mampu memberikan keyakinan dalam bidang yang Yati ceburi, jika anda berminat untuk merubah gaya seperti yati, ayuhh jangan tunggu lagi call 017 352 9942! anda juga boleh tranform seperti dia!

Wednesday 6 July 2011

makeover Shelyza Sulaiman






Saya mendapat panggilan telefon dar Shel selepas beliau melihat picture poster saya serta teman Jom Chantiques,terus pertemuan diatur, kami berjumpa berbicara bersama temannya Yati. Setelah membuka kata, saya berbincang dengan Shel dan Yati, rupanya mereka merupakan orang yang berada dalam dunia perniagaan yang berkaitan dengan kecantikan dan juga pembentukan badan, oleh itu mereka  mahu menukar gaya dan tampak bersesuaian dengan profession mereka sekarang. Shel bilang pada saya dia mahu tampak something yang  casual elegant tetapi sesuatu yang berseuaian dengan statusnya iaitu seorang ibu yang modern dan berkerjaya begitu juga dengan Yati, oleh itu  setelah berbincang dengan mereka, saya cuba keluarkan imej yang fresh dan pada masa yang sama menampakkan ilusi yang elegant.



okey, inilah Shel sebelum dia berubah gaya, seorang yang sangat simple dan juga telus, kini saya mahu menerapkan element2 yang fresh pada Shel....saya cuba ubah dari segi luaran iaitu tatarias hariannya yang merangkumi makeup hariannya,pakaian serta highlightkan warna2 yang fun utk beliau. Saya mulakan proses utk shel dengan membawanya ke saloon utk membuat facial serta kemaskan kening beliau dan seterusnya saya bawa Shel ke kaunter makeup Shu eumura  utk mendapatkan sentuhan pakar serta teknik yang betul utk apply makeup harian, setelah siap di solek, kami seterusnya memilih busana yang sesuai dengan susuk tubuhnya serta aksesori harian yang boleh shel gayakan dan untuk menguji shel,saya biarkan beliau mencari sendiri pakaian untuk di mix and match...dan akhirnya...superb! shel kini mampu memilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan serta gaya yang ingin di tampilkan. ayuh saksikan tranformasi gaya dulu dan sekarang serta proses yang dilalui beliau...jomm!!!!





Shelyza Sulaiman sebelum dimakeover



Setelah selesai sesi facial dan baru tiba di Pavillion


Shel dan Yati di beri penerangan oleh Samantha



Shel diberi makover ringkas oleh Samantha



Team Mate saya Arra Farhana memberi sentuhan magic kepada Shel untuk studio photoshoot


hasilnya Shelyza Sulaiman selepas makeover


beliau tampil lebih yakin



 Alhamdulilah, ribuan terima kasih saya ucapkan pada Shel kerana mempercayai saya untuk menjadi personal stylist beliau dan berjaya mentransformasikan beliau sekarang,saya sangat berharap agar perubahan ni membawa kebaikan dan juga menjadi satu landasan pada Shel untuk tampil lebih anggun dan berjaya dalam bidang yang diceburi, congrats Shel, untuk mengetahui business yang Shel jalankan.. log in to 

www.shelyzasulaiman.com

Sekalung penghargaan  saya ucapkan kepada Abg Azhar serta Ayed dari JariClick  Photography for superb job,Arra Fingers by Arra Farhana, My assistant Amalina serta  Elle,studio Get Gorgeous, serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses makeover ini..tq so much










p/s: berminat untuk transform?
 hubungi saya 017 352 9942! 


jomm jangan tunggu lagi!!

apa itu personal stylist?

assalamualaikum,

sudah lama saya tidak menjengah blog ini, almaklumlah...sekarang ini agak sedikit sibuk kerana terikat dengan pelbagai tugas. Okeh berbalik kepada topik di atas, sebenarnya ramai yang menanyakan saya apa itu personal stylist? okey sebelum saya celoteh dgn lebih banyak lagi....biar sy terangkan..saya bukan lah fashion guru...dalam erti kata lain saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang fashion tetapi kecintaan saya dalam bidang fashion mmg sgt mendalam... kadang-kadang saya terpaku melihat helaian majalah yang mempunyai ruangan gaya yg unik serta mengambarkan identiti tersendiri si pemakai..dan oleh itu juga, saya jadikan minat saya sebagai profesion sambilan saya, dan sememangnya melihat orang jelita mendatangkan kepuasan bagi saya.








 personal stylist merupakan penata rias yang akan cuba menukar atau membaik pulih imej client,kadang-kadang agak blur tentang imej yang mahu digendong. oleh itu proses personal stylist ini merangkumi beberapa langkah iaitu :

grooming talk 

more into 1 to 1 communication, dan disini saya akan berbincang mengenai gaya yang mahu ditukar,masalah yang sering dialami dan segalanya tentang perubahan, dan jika saya sudah dapat konklusikan masalah serta penyelesaiannya, saya akan cuba berbincang mengenai budget utk mentransformasikan gaya, ada juga sesetengah klient yang tidak kisah berbelanja dan ada juga yg ada certain amountnya...pokok pangkal...tepuk dada..tanya selera yaa

personal shopper

setelah mengetahui tentang budget klient saya, seterusnya saya akan menetapkan shopping mall yang bersesuian dengan budget customer saya, usually saya akan bermula dengan tata rias wajah,seterusnya hijab,pakaian,aksesori serta handbang dan juga kasut. Akhirnya setelah mencuba dan membeli apa yg terbaik utk pelanggan, saya juga akan memberikan tips serta panduan mengenai penetapan gaya yang sesuai, mencipta identiti tersendiri dan guess what..selepas anda shopping wardrobe baru...kita akan ke langkah yang seterusnya.


studio time

now its studio time, disinilah anda akan lihat hasil makeovernya, setelah shopping new outfits, now anda akan dirias oleh juru mekap profesional dari team saya,dan juga akan dipakaikan semula pakaian yang anda shops tadi, saya juga bertindak sebagai art director yang kan membantu anda mengenai pose-pose yang sesuai, dan setelah anda lihat hasilnya, anda akan tersenyum kerana its totally new u!



p/s: tunggu update saya seterusnya..mengenai client saya


Wednesday 15 June 2011

tranformasi gaya, sila baca jika anda mahu tampil berbeza!

assalamualaikum semua...


bila bercakap mengenai gaya, masing2 mempunyai interpetasi yang berbeza, masing2 mempunyai ideologi untuk dibanggakan,tetapi adakah anda tahu apa yang terbaik untuk anda?  menurut Sharlyn Stanfford pengarang buku Personal Imaging For Women, image adalah penentu identiti seseorang itu, jadi jika anda lakarkan imej yang tidak bersesuaian dengan diri anda...and...its a big OPPSSS..

Imej menggambarkan diri anda, mencerminkan siapa anda dan menerangkan kepada masyarakat siapa anda secara tidak langsung, percaya atau tidak kadang-kadang cara pemakaian kita menggambarkan ideologi atau pemikiran kita, oleh itu anda haruslah menggunakan teknik pemakaian yang betol kerana imej andalah adalah diri anda..

di bawah sini adalah contoh pelanggan yang FeyzaFiena telah "transformkan" oleh stylist Fiena, setelah berbincang mengenai tentang apa yang pelanggan sukai, kami terus aturkan gaya yang bersesuaian, Yana adalah seorang ibu yang mempunyai 5 cahaya mata, seorang ahli perniagaan yang menjalankan bisnes kecantikan dan mencari gaya yang bersesuaian untuk sesi makeover serta gaya harian. Bermula dengan pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh, warna serta padanan hijab yang mudah dan kemas, Puan Yana kini sudah banyak berbeza, Alhamdulilah dan tahniah pihak FeyzaFiena ucapkan kerana sudah berjaya mentransformasikan dirinya!



Kak jue atau Jue Bastamam juga merupakan ibu kepada 5 cahaya mata, dulu gayanya tidak pernah lekang daripada tudung serkup,warna polos,baju berbunga-bunga serta tidak dilupakan "bling-bling" wajib yang menghiasi tudung serta baju...setelah berbincang dengan lebih details, kami mahu kak jue cuba sesuatu yang baru,segar serta elegant..dan Alhamdulilah setelah ditransformasikan, kak jue tampil sangat2 berbeza, nampak lebih muda dari usia...dan yang lebih ampuh...kak jue nampak lebih berkeyakinan serta anggun...jangan tidak tahu kak jue sudah berusia 40 tahun....kenapa kalau beliau buleh berubah tetapi anda tidak? ayuhhh tetapkan gaya anda sendiri...



jika anda mahu berubah tapi tidak tahu bagaimana? ayuhh jangan tunggu lagi sila hubungi  saya fina 017 3529942 atau email shsafina@gmail.com untuk mengetahui langkah-langkah yang seterusnya...

Saturday 4 June 2011

FeyzaFiena @ Jom Chantiques Official Team

FeyzaFiena diberi kepercayaan untuk menata rias  team Jom Chantiques serta  cik Fiena dilamar secara rasmi untuk menjadi penceramah Jom Chantiques untuk bahagian imej serta pengayaan tudung, jadi pada sesiapa yang berminat untuk merubah gaya serta tampil lebih berkeyakinan...ayuh sertai kami! nantikan maklumat lanjut yaa..

Enjoy picturenya yang sudah ditransformasi oleh FeyzaFiena!