Wednesday 15 June 2011

tranformasi gaya, sila baca jika anda mahu tampil berbeza!

assalamualaikum semua...


bila bercakap mengenai gaya, masing2 mempunyai interpetasi yang berbeza, masing2 mempunyai ideologi untuk dibanggakan,tetapi adakah anda tahu apa yang terbaik untuk anda?  menurut Sharlyn Stanfford pengarang buku Personal Imaging For Women, image adalah penentu identiti seseorang itu, jadi jika anda lakarkan imej yang tidak bersesuaian dengan diri anda...and...its a big OPPSSS..

Imej menggambarkan diri anda, mencerminkan siapa anda dan menerangkan kepada masyarakat siapa anda secara tidak langsung, percaya atau tidak kadang-kadang cara pemakaian kita menggambarkan ideologi atau pemikiran kita, oleh itu anda haruslah menggunakan teknik pemakaian yang betol kerana imej andalah adalah diri anda..

di bawah sini adalah contoh pelanggan yang FeyzaFiena telah "transformkan" oleh stylist Fiena, setelah berbincang mengenai tentang apa yang pelanggan sukai, kami terus aturkan gaya yang bersesuaian, Yana adalah seorang ibu yang mempunyai 5 cahaya mata, seorang ahli perniagaan yang menjalankan bisnes kecantikan dan mencari gaya yang bersesuaian untuk sesi makeover serta gaya harian. Bermula dengan pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh, warna serta padanan hijab yang mudah dan kemas, Puan Yana kini sudah banyak berbeza, Alhamdulilah dan tahniah pihak FeyzaFiena ucapkan kerana sudah berjaya mentransformasikan dirinya!



Kak jue atau Jue Bastamam juga merupakan ibu kepada 5 cahaya mata, dulu gayanya tidak pernah lekang daripada tudung serkup,warna polos,baju berbunga-bunga serta tidak dilupakan "bling-bling" wajib yang menghiasi tudung serta baju...setelah berbincang dengan lebih details, kami mahu kak jue cuba sesuatu yang baru,segar serta elegant..dan Alhamdulilah setelah ditransformasikan, kak jue tampil sangat2 berbeza, nampak lebih muda dari usia...dan yang lebih ampuh...kak jue nampak lebih berkeyakinan serta anggun...jangan tidak tahu kak jue sudah berusia 40 tahun....kenapa kalau beliau buleh berubah tetapi anda tidak? ayuhhh tetapkan gaya anda sendiri...



jika anda mahu berubah tapi tidak tahu bagaimana? ayuhh jangan tunggu lagi sila hubungi  saya fina 017 3529942 atau email shsafina@gmail.com untuk mengetahui langkah-langkah yang seterusnya...

Saturday 4 June 2011

FeyzaFiena @ Jom Chantiques Official Team

FeyzaFiena diberi kepercayaan untuk menata rias  team Jom Chantiques serta  cik Fiena dilamar secara rasmi untuk menjadi penceramah Jom Chantiques untuk bahagian imej serta pengayaan tudung, jadi pada sesiapa yang berminat untuk merubah gaya serta tampil lebih berkeyakinan...ayuh sertai kami! nantikan maklumat lanjut yaa..

Enjoy picturenya yang sudah ditransformasi oleh FeyzaFiena!










JariClick FairyTale : Red Apple

atas jemputan tuan punya JariClick photography, FeyzaFiena dijemput menjadi stylist serta art director bersama...alhamdulilah pengambaran di ambil di sekitar Taman Tasik Perdana, sekalung penghargaan buat abg azhar,ayed,idz,soul serta photographer jemputan ABO photographerz kerana memberikan kerjasama yang sgt2 best...

Sinopsis:

menceritakan tentang 3 karakter yang berbeza tetapi dalam satu cerita yang sama, Princess of Darkness, Princess White dan Mysterious Maiden. Saksikan perjalanan mereka bersama buah epal yang sangat mendebarkan

Jom layan gambar di bawah :

sneak preview




talent : Najwa , Deela and Anyss

FeyzaFeina @ Ted Adnan

 Alhamdulilah FeyzaFiena diberi kesempatan menata rias model muslimah Zaza Omar untuk sesi fotografi bersama Ted Adnan, Sifu Lighting Malaysia untuk buku beliau, FeyzaFiena mengucapkan ribuan terima kasih pada zaza kerana memberi kepercayaan dalam menata rias beliau. Enjoy koleksi ekslusif dari kami..
with ted adnan,si omel and the mother, zaza omar


from side view FeyzaFeina Turban


zaza omar with FeyzaFiena Collection
alhamdulilah

FeyzaFeina Nature part 2

assalamaualaikum,
minta maaf kerana lamabt sangat mahu mengupdate blog..kesibukan melampau dalam menguruskan hal-hal seharian...alhamdulilah harini, FeyzaFiena mampun meneruskan kerja-kerja mengupdate blog ya...sebenarnya banyak yang ingin dikongsi..xpa..kita ambik satu persatu dulu ya..

FieyzaFiena Nature?

Saja saya memilih tema nature untuk shoot ke 2 kerana mahu mengaitkan element2 alam semula jadi yang terdapat dalam koleksi busana kami.alhamdulilah dengan cuaca yang sangat baik dan gabungan mantap Team JariClick serta Gimie Photo By Gimie Hizami, shoot berjalan dengan lancar. Sekalipun matahari terik...bila lihat semula picturenya..kami mmg tersenyum girang.


Menyentuh tentang koleksi busana kali ini, FeyzaFiena lebih menerapkan element loose dan elegant, dan terdiri daripada warna - warna yang minimum serta polos, tujuan kami sebenarnya mahu menonjolkan identiti pemakai.

Enjoy picture-picture koleksi nature, jika mahu purchase...sila email ke  : shsafina@gmail.com