Saturday 30 April 2011

FeyzaFeina Nature




FeyzaFiena dan nature!

Bila menyingkap kembali gambar-gambar yang telah siapkan di edit, hati saya tersenyum girang! Sungguh ! hilang sudah penat selama 12 jam menata rias model dalam koleksi terbaru kami.

Kenapa nature?

Persoalan itu singgah dalam benak fikiran saya? Apa yang sebenarnya mahu kami tonjolkan? Bagi FeyzaFiena kami mahu mengexpresskan gaya semula jadi itu dalam busana seharian serta keanggunan itu dalam busana  juga anda buleh gayakan ke majlis-majlis yang lebih sesuai seperti majlis rasmi. Sungguh bila koleksi elegant kami mencapai tahap maksimum dalam ekspersi gambar, team kami sangat gembira kerana resultnya SUPERB! Confirm gaya ini juga sesuai untuk anda mencuba.


nntikan part 2 : detail tentang nature

campaign 1 : Introduction To The Designers

FeyzaFiena


Certa di sebalik cerita

Bila sesuatu dibuat dengan penuh passion pasti keputusannya superb! Begitu jugak dengan FeyzaFiena, bila kami lakarkan sesuatu itu dari hati sesungguhnya  kepuaasan itu terpancar di end product kami.

Koleksi kali ini lebih banyak menjegah kepada bagaimana anda berpadanan dengan warna dan juga lebih tepat lagi suai gaya dengan sempurna. Bagi FeyzaFiena, sesesbuah busana itu akan nampak WOW jika ada sesuatu yang bias dihighlightkan dan juga dapat menonjolkan kelebihan si pemakai. Dengan gaya yang agak sedikit berbeda, anda akan tampak lebih menonjol dengan lebih biasa. Cuma persoalannya lebih tergalas dibahu anda.


Bila di jengah rumah-rumah fesyen antarabangsa, kami kagum dengan gaya dan interpetasi mereka bermain dengan warna,mencedok semua dan melakarkan di busana. Sungguh superb! Kadang-kadang bila kita melihat sesuatu yang lebih bagus, kita akan berusaha ke arah itu, oleh itu wanita-wanita di luar sana, rajin-rajin kaji gaya yang sesuai untuk anda! Kerna hanya anda sahaja yang tahu WOW factor dalam diri anda
.
Ayuh keluar dan hightlightkan gaya anda!



kaftan bercorak dengan potongan ringkas! membina keyakinan

dress yang dipadankan bersama jacket potongan elegant 
its polka with long skirts! simple dan casual

groove,dress yang loose dipadankan bersama lilitan tudung yang berbeda

gaya minimal, anggun terserlah!



FeyzaFiena @ Sedayu Tinggi

Terima kasih diucapkan kepada Nadia Natasya kerana sudi memberikan peluang kepada kami di FeyzaFiena untuk menata rias beliau pada sesi Make-Over Sedayu Tinggi untuk majalah Mingguan Wanita. Alhamdulilah untuk keluaran kali ini kami memilih untuk sesuatu yang tampak elegant dan warna yg agak sedondon tetapi mempunyai perincian di dada serta di hijabnya...enjoy the picture ladies..!


jemputan NUR


Saat busana Black Alluring digayakan

Mad about Jeans sedia untuk dirakamkan

Action! studio Mingguan Wanita 

Gaya exklusif yang menawan

Tadaaa!! FeyzaFiena di majalah Nur edisi April 2011

satu achievement untuk kami,untuk pertama kali Feyzafiena dijemput untuk menjadi penata rias bagi ruangan MIX AND MATCH, majalah NUR edisi April 2011. Alhamdulilah sepanjang sesi penggambaran semuanya berjalan dengan lancar dan akhirnya kami dapat memberikan idea tentang siapa FeyzaFiena dan juga corak fesyen yang kami ingin war-warkan....2 thumbs up utk creative director FeyzaFiena kerana sempat menjadi model bidang terjun untuk slot ini! Alhamdulilah

siapa kami?



ketika menulis nota ini, saya blank! 
Kerana terlalu teruja untuk menulis nota pertama di ruang muka ini. feyzaFiena, terhasil daripada gabungan nama fashionista yang sangat cintakan keindahan dan keunikan dalam berbusana. Feyza adalah nama creative director yang lincah dan tegas idealistiknya tentang fashion. Bagi Feyza apa yang penting dalam fashion,setiap gadis dan wanita itu perlu ada identity diri serta mempunyai taste yang personal bagi menggambarkan diri sendiri! Fiena, seorang yang sangat gemarkan fashion yang simple,elegant dan yang paling penting mempunyai kualiti yang terbaik. 

Dengan gabungan dua gadis ini, maka terhasilnya FeyzaFiena dan bersesuaian dengan moto kami iaitu “we cater your needs”


FeyzaFiena "we are different"


Yes! Kami unik..! ketika perbicangan dua sahabat ini, pelbagai idea tercetus dan hasil daripada itu kami keluarkan teori kami sendiri dalam bidang fesyen! Its Muslimah Chic! Di FeyzaFiena kami mementingkan gaya yang anggun,elegant serta pada masa yang sama kami selitkan element “chic” di setiap rekaan kami. Selain daripada itu kami juga memandang berat mengenai konteks Muslimah itu sendiri,jadi setiap rekeaan yang terhasil adalah adunan terbaik dari segi tuntutan agama sealiran dengan fashion yang terkini.






Fiena



pic credit to : Harris Daniel from HD PhotoGraphy