Showing posts with label FeyzaFiena in Media. Show all posts
Showing posts with label FeyzaFiena in Media. Show all posts

Wednesday, 13 July 2011

FeyzaFiena @ Sedayu Tinggi with Anyss Amyra

assalamualaikum,

Alhamdulilah FeyzaFiena diberi kesempatan sekali lagi untuk menata rias model untuk ruangan makeover Sedayu Tinggi, tanpa berlengah lagi saya terus melilitkan signature FeyzaFiena iaitu turban untuk busana pertama Anyss. Saya cuba tampilkan element elegant dan classy fashion dan untuk kedua saya cuba tampilkan gaya tudung yang fresh pada beliau. Enjoy the pic..

P/s: Thank you pada linda dan yatie kerana memberikan peluang pada FeyzaFiena..harap2 jemput lg lepas ini yaa...




my fav. Anyss menggayakan busana kurung kaftan lycra Summaya bersama signature turban FeyzaFiena




Superb makeup by Yatie Sedayu Tinggi




Anyss Amyra


gaya chic oleh Anyss

Cantik.





ingin transform gaya? ayuhh sms or call saya 017 352 9942 untuk book appointment anda!

Saturday, 4 June 2011

FeyzaFeina @ Ted Adnan

 Alhamdulilah FeyzaFiena diberi kesempatan menata rias model muslimah Zaza Omar untuk sesi fotografi bersama Ted Adnan, Sifu Lighting Malaysia untuk buku beliau, FeyzaFiena mengucapkan ribuan terima kasih pada zaza kerana memberi kepercayaan dalam menata rias beliau. Enjoy koleksi ekslusif dari kami..
with ted adnan,si omel and the mother, zaza omar


from side view FeyzaFeina Turban


zaza omar with FeyzaFiena Collection
alhamdulilah

Saturday, 30 April 2011

FeyzaFiena @ Sedayu Tinggi

Terima kasih diucapkan kepada Nadia Natasya kerana sudi memberikan peluang kepada kami di FeyzaFiena untuk menata rias beliau pada sesi Make-Over Sedayu Tinggi untuk majalah Mingguan Wanita. Alhamdulilah untuk keluaran kali ini kami memilih untuk sesuatu yang tampak elegant dan warna yg agak sedondon tetapi mempunyai perincian di dada serta di hijabnya...enjoy the picture ladies..!


jemputan NUR


Saat busana Black Alluring digayakan

Mad about Jeans sedia untuk dirakamkan

Action! studio Mingguan Wanita 

Gaya exklusif yang menawan

Tadaaa!! FeyzaFiena di majalah Nur edisi April 2011

satu achievement untuk kami,untuk pertama kali Feyzafiena dijemput untuk menjadi penata rias bagi ruangan MIX AND MATCH, majalah NUR edisi April 2011. Alhamdulilah sepanjang sesi penggambaran semuanya berjalan dengan lancar dan akhirnya kami dapat memberikan idea tentang siapa FeyzaFiena dan juga corak fesyen yang kami ingin war-warkan....2 thumbs up utk creative director FeyzaFiena kerana sempat menjadi model bidang terjun untuk slot ini! Alhamdulilah