Showing posts with label intro. Show all posts
Showing posts with label intro. Show all posts

Wednesday, 6 July 2011

apa itu personal stylist?

assalamualaikum,

sudah lama saya tidak menjengah blog ini, almaklumlah...sekarang ini agak sedikit sibuk kerana terikat dengan pelbagai tugas. Okeh berbalik kepada topik di atas, sebenarnya ramai yang menanyakan saya apa itu personal stylist? okey sebelum saya celoteh dgn lebih banyak lagi....biar sy terangkan..saya bukan lah fashion guru...dalam erti kata lain saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang fashion tetapi kecintaan saya dalam bidang fashion mmg sgt mendalam... kadang-kadang saya terpaku melihat helaian majalah yang mempunyai ruangan gaya yg unik serta mengambarkan identiti tersendiri si pemakai..dan oleh itu juga, saya jadikan minat saya sebagai profesion sambilan saya, dan sememangnya melihat orang jelita mendatangkan kepuasan bagi saya.








 personal stylist merupakan penata rias yang akan cuba menukar atau membaik pulih imej client,kadang-kadang agak blur tentang imej yang mahu digendong. oleh itu proses personal stylist ini merangkumi beberapa langkah iaitu :

grooming talk 

more into 1 to 1 communication, dan disini saya akan berbincang mengenai gaya yang mahu ditukar,masalah yang sering dialami dan segalanya tentang perubahan, dan jika saya sudah dapat konklusikan masalah serta penyelesaiannya, saya akan cuba berbincang mengenai budget utk mentransformasikan gaya, ada juga sesetengah klient yang tidak kisah berbelanja dan ada juga yg ada certain amountnya...pokok pangkal...tepuk dada..tanya selera yaa

personal shopper

setelah mengetahui tentang budget klient saya, seterusnya saya akan menetapkan shopping mall yang bersesuian dengan budget customer saya, usually saya akan bermula dengan tata rias wajah,seterusnya hijab,pakaian,aksesori serta handbang dan juga kasut. Akhirnya setelah mencuba dan membeli apa yg terbaik utk pelanggan, saya juga akan memberikan tips serta panduan mengenai penetapan gaya yang sesuai, mencipta identiti tersendiri dan guess what..selepas anda shopping wardrobe baru...kita akan ke langkah yang seterusnya.


studio time

now its studio time, disinilah anda akan lihat hasil makeovernya, setelah shopping new outfits, now anda akan dirias oleh juru mekap profesional dari team saya,dan juga akan dipakaikan semula pakaian yang anda shops tadi, saya juga bertindak sebagai art director yang kan membantu anda mengenai pose-pose yang sesuai, dan setelah anda lihat hasilnya, anda akan tersenyum kerana its totally new u!



p/s: tunggu update saya seterusnya..mengenai client saya


Saturday, 30 April 2011

siapa kami?



ketika menulis nota ini, saya blank! 
Kerana terlalu teruja untuk menulis nota pertama di ruang muka ini. feyzaFiena, terhasil daripada gabungan nama fashionista yang sangat cintakan keindahan dan keunikan dalam berbusana. Feyza adalah nama creative director yang lincah dan tegas idealistiknya tentang fashion. Bagi Feyza apa yang penting dalam fashion,setiap gadis dan wanita itu perlu ada identity diri serta mempunyai taste yang personal bagi menggambarkan diri sendiri! Fiena, seorang yang sangat gemarkan fashion yang simple,elegant dan yang paling penting mempunyai kualiti yang terbaik. 

Dengan gabungan dua gadis ini, maka terhasilnya FeyzaFiena dan bersesuaian dengan moto kami iaitu “we cater your needs”


FeyzaFiena "we are different"


Yes! Kami unik..! ketika perbicangan dua sahabat ini, pelbagai idea tercetus dan hasil daripada itu kami keluarkan teori kami sendiri dalam bidang fesyen! Its Muslimah Chic! Di FeyzaFiena kami mementingkan gaya yang anggun,elegant serta pada masa yang sama kami selitkan element “chic” di setiap rekaan kami. Selain daripada itu kami juga memandang berat mengenai konteks Muslimah itu sendiri,jadi setiap rekeaan yang terhasil adalah adunan terbaik dari segi tuntutan agama sealiran dengan fashion yang terkini.






Fiena



pic credit to : Harris Daniel from HD PhotoGraphy